Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Apresiasi Semarak Gemilang Hargai Jasa dan Pengorbanan Petugas

By 26 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Apresiasi Semarak Gemilang telah diadakan di Restoran Terapung, Sungai Putat, di sini hari ini sebagai tanda penghargaan kepada semua agensi yang membantu Jabatan Penerangan melaksanakan program sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia serta penyelarasan bersama dalam pelaksanaan program-program di seluruh negeri Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan, sambutan Hari Kemerdekaan dan Bulan Kebangsaan adalah khazanah yang tidak ternilai kepada setiap insan rakyat Malaysia dan

“Ianya harus menjadi kebanggaan semua, rasa kecintaan kepada negara juga telah dizahirkan dengan jelas dengan mengibarkan Jalur Gemilang semasa Bulan Kemerdekaan.

“Justeru, usaha Jabatan Penerangan melaksanakan aktiviti dan kempen galakan mengibarkan Jalur Gemilang secara berterusan ini amatlah dihargai,” katanya.

Menurutnya lagi setiap rakyat yang cintakan negara perlu memandang tinggi perkara ini dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara yang menjadi tanah tumpah darah kita.

-ZS-

Tinggalkan komen anda