Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tukun Tiruan Bantu Kekal Ekosistem Hidupan Laut

By 26 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Bantuan dan peruntukan yang besar bagi tujuan Program Melabuh Tukun Tiruan membuktikan komitmen tinggi kerajaan Sabah bagi memastikan nasib golongan nelayan di negeri ini sentiasa terbela.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, aktiviti melabuhkan tukun tiruan ini akan memberi manfaat kepada nelayan dalam jangka masa panjang.

“Usaha jangka masa panjang ini merupakan antara langkah Jabatan Perikanan Sabah dalam membantu menyelesaikan masalah kekurangan sumber perikanan dan pendapatan nelayan setempat termasuk di Perairan Batu Payung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Batu Payung, di sini pada Rabu.

Tambahnya, tukun tiruan ini juga dilihat dapat dijadikan sebagai lokasi ekopelancongan berpotensi khususnya bagi para peminat joran melakukan aktiviti memancing.

“Pertubuhan Pemancing dan Pengawasan Tukun Teluk Cowie Tawau boleh mengadakan inisiatif bagi merancakkan sektor pelancongan di kawasan perairan Batu Payung ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar kassim, berkata program tukun tiruan yang dilabuhkan di perairan laut Kampung Batu Payung merupakan program kali keempat dilaksanakan di negeri ini.

“Kita akan memastikan bekalan ikan terus meningkat dan menjadikan negeri Sabah sebagai pengeluar hasil laut terbesar di Malaysia,” katanya.

Sebanyak 40 tukun tiruan berjaya dilabuhkan pada program tersebut dengan anggaran bernilai RM450,000 selain mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Pemancing dan Pengawasan Tukun Teluk Cowie Tawau.

Untuk makluman Tukun tiruan ialah struktur binaan manusia yang menggunakan bahan semulajadi seperti batu untuk diletakkan di dasar laut sebagai habitat tiruan kepada pelbagai spesis hidupan marin terutamanya ikan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda