Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kempen Tanam Pokok Bersama Malim Gunung

By 23 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 23 Okt (Malaysiaktif) – Usaha penghijauan negara melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bersempena Kempen Tanam Pokok Bersama Maling Gunung telah diadakan di Taman Eko-Rimba Chemerong, di sini semalam.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri telah bekerjasama dalam usaha menggerakkan masyarakat untuk bersama-sama kerajaan menjayakan kempen penanaman pokok bagi mencapai sasaran itu.

Pengarah Perhutanan Negeri Terenganu, Roslan Rani semasa perasmian program memaklumkan penglibatan malim gunung yang berperanan sebagai pemandu arah kepada pendaki, bertindak sebagai mata dan telinga kepada Jabatan Hutan dalam menghindari kegiatan merosakkan ekosistem hutan dan pembalakan haram.

“Hampir 74 juta pokok telah ditanam diseluruh negara dan kerajaan menganggarkan 100 juta pokok dapat ditanam melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang tahun 2025.

“Manakala di negeri Terengganu sehingga kini jumlah penanaman pokok mengikut jadual dan melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Malim gunung Alias Ismail, 60, memaklumkan usaha dan komitmen kerajaan mengekalkan liputan kawasan hutan di negara ini sangat tepat, dalam memastikan setiap warganegara menikmati udara segar.

“Program sebegini dapat mewujudkan sebuah ekosistem kehijauan untuk generasi masa hadapan,” katanya.

Sebanyak 100 pokok pelbagai spesies seperti merbau, meranti, rambai daun, kelat paya, asam gelugur dan durian belanda ditanam oleh maling gunung mewakili Amazing Terengganu dan Gaya Travel Magazine.

-ZS-

Tinggalkan komen anda