Skip to main content
MA

Agong Berkenan Sempurnakan Pemasyhuran Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja

By 23 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Allyshia Low

PEKAN, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, di sini kelmarin.

Keberangkatan baginda diiringi bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada malam penuh bermakna dan bersejarah ini, bandar Pekan yang merupakan bandar keputeraan saya akan dimasyhurkan sebagai Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja,” titah baginda.

Baginda turut bertitah bahawa pengiktirafan ini sewajarnya tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat bandar Pekan.

“Sebaliknya Majlis Perbandaran Pekan dan Kerajaan Negeri Pahang hendaklah meneruskan usaha ke arah memperkasakan kesejahteraan dan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat jelata,” titah baginda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda