Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lebih 5,000 Menghadiri Program Masjid Tanah Berselawat

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 5,000 pengunjung telah menghadiri program Masjid Tanah Berselawat, Malam Cinta Rasul yang telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Jeram, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, Nabi Muhammad SAW merupakan contoh teladan dan ikutan yang perlu diikuti sepanjang zaman.

ā€œBaginda telah menunjukkan satu contoh teladan mulia yang turut merangkumi pentadbiran yang baik dan menyentuh aspek ekonomi, keselamatan dan pembangunan negara,ā€ ujarnya.

Pada majlis yang sama turut diadakan pelancaran van ā€˜Dak Rauf Dihatimu’ yang merupakan buah fikiran dan sumbangan Ketua Menteri Melaka untuk membantu rakyat bawahan yang menghadapi musibah dan bencana di negeri ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Ibrahim Durum, Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta barisan Ahli-Ahli Jawatankuasa MAjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda