Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Suzuki Monsoon Getaway 2023 Himpun Lebih Seribu Pemilik Motosikal Suzuki

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam/Shafiq Jamloh

PEKAN, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Syarikat motosikal terkemuka dari Jepun berjaya menghimpunkan lebih seribu pemilik motorsikal Suzuki di Suzuki Monsoon Getaway 2023 di Pantai Lagenda, di sini Sabtu lalu.

Penganjuran tersebut yang julung-julung kali diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari peminat-peminat jentera dua roda terutama daripada jenama Suzuki untuk berkampung selama dua hari satu malam dengan pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti menguji kecekapan mengendalikan motosikal di luar jalan raya, pakej khas servis motosikal, jualan barangan permotoran dengan harga istimewa dan persembahan kugiran.

Menurut pengurusan Pantai Lagenda YM Tengku Ashraf Tengku Asmawi, penganjuran acara sebegini turut membuka ruang rezeki buat para peniaga di sekitar Pantai Lagenda.

“Mereka yang berniaga makanan dan minuman serta pengusaha inap desa di sini turut menerima tempias rezeki daripada program yang diadakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda