
Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat untuk terus memelihara dan memulihara alam sekitar.
“Saya mengharapkan kolaborasi strategik di antara pihak Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Hasanah, Universiti Kebangsaan Malaysia, E-Idaman Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam memperkasa aktiviti kesedaran kelestarian alam sekitar ini akan berterusan.
Yang Teramat Mulia Tunku Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bertitah demikian dalam Program Pengurangan Kesan Plastik Terhadap Alam Sekitar Melalui Modul 5R (Tolak, Kurang, Guna Semula, Kitar Semula dan Pulih) Fasa 2 di sebuah hotel, di sini semalam.
Program bertujuan memberi kesedaran dan bersama menangani masalah alam sekitar khususnya yang berpunca daripada pencemaran ekoran penggunaan barangan plastik yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negara dan mensasarkan sifar penggunaan plastik sekali guna menjelang tahun 2030.
Sebanyak 80 buah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu, Kuala Muda Yan, Sik dan Baling telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti pertandingan Jualan Balik Barang Kitar Semula , Cabaran Inovasi STEM 5R, Video Kelestarian dan Sekolah Lestari.
-ZS-