Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Masyarakat Perlu Peka Terhadap Kesan Penyakit Osteoporosis

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Mohd Radzi Sayuti (Segamat)

SEGAMAT, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Program Kesedaran Osteoporosis Sempena Bulan Kesihatan Wanita Peringkat Hospital Segamat telah diadakan di Hospital Segamat semalam bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu kesihatan terutamanya kesihatan tulang selain mendidik masyarakat agar lebih peka dalam melaksanakan saringan kesihatan.

Pegawai Kesihatan Segamat Dr Zaid Kassim selaku wakil rasmi Menteri Kesihatan Malaysia, berkata tema Hari Osteoporosis Sedunia pada tahun ini adalah ‘Membina Tulang Yang Lebih Baik’ dan tema ini merupakan tema yang dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat ialah asas kepada tulang yang kuat dan kurang terdedah kepada kepatahan tulang pada masa hadapan.

“Masyarakat perlu faham dan mempunyai kesedaran bahawa risiko kerapuhan dan kepatahan tulang disebabkan penyakit osteoporosis,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Salah seorang peserta Nor Hazilawati Buang, 39, berkata program Fun Run yang dilaksanakan pada hari ini adalah sangat baik dan terdapat juga kaunter pameran kesihatan serta pemeriksaan percuma.

“Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada wanita-wanita untuk membuat pemeriksaan awal kesihatan,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Hospital Segamat Dr. Faidzal Adlee Abdul Ghaffar, Pakar Ortopedik Hospital Segamat Dr. Mohd Ariffullah Ariffin, Pegawai Penerangan Segamat Nor Sofian Abdul Manan, Ketua Ahli Lembaga Pelawat Hospital Segamat Dr. Sulaiman Mohd Nor dan Presiden of Lion Club Segamat Low Boon Kiong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda