Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#SolidaritiPalestin Bantu Peniaga Tempatan di Perlis

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Beberapa kedai yang menjual barangan bertema Palestin di negeri Perlis telah membantu meningkatkan jualan peniaga tempatan.

Pembeli terutamanya golongan ibu bapa mendapatkan bendera, mafla dan baju yang mempunyai tema bendera Palestin.

’Kesesakan’ ini adalah sempena Minggu #SolidaritiPalestin yang akan diadakan serentak di seluruh sekolah di negeri Perlis mulai esok (Isnin).

Bagi Yuseri Azmi, 36, ketika ditemui di sini semalam, berkata beliau turut membeli barangan yang berasaskan identiti Palestin.

“Barangan ini menurut guru di sekolah sebenarnya tidak diwajibkan sekiranya ibu bapa tidak berkemampuan tetapi saya mempunyai sedikit wang simpanan untuk saya beli dan berikan kepaa anak saya untuk dibawa ke sekolah,” ujarnya.

Bagi seorang peniaga Nur Yusairy Mansor, permintaan orang ramai terhadap barangan beridentiti Palestin sangat tinggi.

‘1,000 mafla yang bercorak bendera Palestin habis dijual dalam tempoh tiga jam sahaja dan saya perlu segera membuat tempahan stok kepada pembekal,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda