Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MyCekap Pupuk Kesedaran Ibu Bapa, Guru dan Masyarakat

By 10 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)

REMBIA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Seminar MyCekap bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, guru dan masyarakat awam mengenai pemerkasaan komuniti dan kesaksamaan penyertaan secara penuh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat

Selain itu ia turut memberi peluang pendidikan, pekerjaan, aksesibiliti dan lain-lain inisiatif kerajaan kepada masyarakat awam khususnya komuniti OKU.

Menurut Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah Sektor Pembelajaran (Pendidikan Khas) Jasman Abdul Manap, hala tuju MyCekap bagi memastikan murid berkeperluan khas dapat meningkatkan kualiti hidup dan boleh berdikari.

“Ibu bapa yang mempunyai anak OKU tidak perlu malu dan takut untuk menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas kerana bantuan yang sesuai akan diberikan kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif,” ujarnya ketika menyampaikan seminar di Sekolah Menegah Dato Dol Said, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda