Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ops Kesan: PERKESO Selangor Keluarkan 87 Kompaun

By 26 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor telah melakukan pemeriksaan ke atas 632 premis majikan serta mengeluarkan sebanyak 87 Notis Kompaun dalam Operasi (Ops) Kesan Bersepadu tahun ini.

Pengarahnya, Ismail Abi Hashim, berkata angka tersebut direkodkan dalam tiga operasi yang dilaksanakan di sekitar Sungai Besar pada bulan Ogos, Setia Alam (September) dan hari ini di Rawang dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM56,000.

Katanya, tindakan penguatkuasaan berkenaan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Menjadi tangunggjawab majikan untuk berdaftar dengan PERKESO dan membuat caruman kepada pekerja mereka.

“Sekiranya bencana pekerjaan berlaku kepada pekerja, mereka dapat dilindungi dengan PERKESO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Ops Kesan Bersepadu peringkat PERKESO Rawang, di sini hari ini.

Menurut Ismail, kegagalan majikan untuk berdaftar dengan PERKESO serta mencarum pekerja merupakan satu kesalahan.

“Jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda