Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ Ikat Hati Masyarakat Majmuk

By 22 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’
menjadi pengikat kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman, tema itu perlu dihayati setiap lapisan masyarakat khasnya umat Islam sendiri.

“Adalah diharapkan semoga ianya dihayati disetiap sanubari insani, supaya kesatuan hati dapat mengikat hati-hati manusiawi sesuai dengan kemajmukan masyarakat khususnya di wilayah ini.

“Kita hendaklah hidup dalam suasana persekitaran yang harmoni dan seimbang kerana masyarakat dapat mempelajari erti menerima kepelbagaian di dalam kehidupan, seterusnya menjauhi sifat taksub dan melampau dalam mencintai sesuatu bangsa,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini semalam.

Beliau turut menyeru untuk sentiasa mengingati Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan terbaik kepada umat Islam.

“Rasulullah SAW hadir ketika manusia sedang tenggelam dengan kesesatan akidah, hanyut dalam keruntuhan akhlak dan sahsiah, dakwah baginda membawa bersama risalah Rabbani, menyeru insan kepada cahaya iman, menolak segala kezaliman serta mengajak semua untuk berkasih sayang,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Simsudin turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Sepanduk dan Perarakan bagi kategori kampung, masjid, surau, kategori sekolah rendah, kategori swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kategori jabatan kerajaan, kategori pasukan beruniform dan kategori sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda