Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pembangunan Kilang Kenderaan EV Pemacu Ekonomi Daerah Alor Gajah

By 22 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Pembangunan kilang memasang kenderaan elektrik (EV) akan menjadi pemacu membangunkan ekonomi rakyat daerah ini dan negeri Melaka amnya.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, kerajaan negeri sentiasa membuka peluang kepada industri untuk bertapak di negeri ini dengan menyediakan prasarana dan modal insan untuk memenuhi kehendak industri.

“Kerajaan negeri komited dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir dengan kerjasama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini seperti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Projek pembangunan kilang pemasangan kenderaan EV dijadualkan akan siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2024 dan akan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini serta menawarkan pekerjaan berimpak dan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan,”
ujarnya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan di Kawasan Industri HICOM Pegoh, di sini kelmarin.

Turut sama didalam majlis perasmian pecah tanah berkenaan adalah Pengerusi EP Manufacturing Berhad Hamidon Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif EP Manufacturing Berhad Ahmad Razlan Mohamed, Pegawai Kewangan negeri Datuk Salhah Salleh dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda