
Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim (Klang)
KLANG, 22 Okt (Malaysiaaktif) ā Klinik Kesihatan Bukit Kuda, di sini semalam telah mengambil inisiatif menganjurkan Sesi Bual Bicara bagi memberi kesedaran awal mengenai kanser kepada 30 orang berpengaruh (OBP).
Menurut Pegawai Perubatan Dr. Menaga Munusamy, program seumpama ini perlu dilaksanakan agar masyarakat celik ilmu merawat kanser lebih awal.
“Di samping itu, ia dapat mendidik masyarakat agar tidak takut untuk ke klinik kesihatan bagi tujuan tersebut.” katanya.
Dr Menaga berkata, pelbagai aktiviti dilaksanakan pada bulan Oktober yang telah diisytiharkan sebagai sebagai Bulan Kesedaran Kanser.
“Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Oktober ini antaranya larian ‘Pink Fun Run’ bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
“Orang ramai dijemput hadir kerana pelbagai aktiviti disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai bertemu dengan pegawai perubatan secara santai,” jelasnya.
-ZS-