Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PKKB Tingkatkan Keharmonian Komuniti Bandar

By 15 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) memastikan elemen kesejahteraan dan keharmonian komuniti bandar sentiasa diberi keutamaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Mohd Ismail, PKKB mengukuhkan modal insan yang lebih mampan melalui pelaksanaan program-program komuniti bandar di seluruh negara.

“PKKB meningkatkan penyertaan secara menyeluruh komuniti bandar dalam penganjuran program komuniti dengan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan pusat, agensi swasta, institusi pendidikan, komuniti setempat dan lain-lain pihak yang bersesuaian.

“Ia juga mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang khususnya terhadap alam sekitar dan kesaksamaan sosial selain menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha untuk memperkasakan komuniti bandar,” katanya semasa merasmikan Program Gotong-Royong dan Kitar Semula di Perumahan Kakitangan Awam Bukit Kuda serta kampung sekitarnya , di sini pagi tadi.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kerana meluluskan peruntukan bagi melaksanakan program itu di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fasa 2 Tahun 2023.

“Dengan adanya aktiviti kemasyarakatan seperti ini, hubungan silaturahim antara komuniti setempat akan lebih erat sekali gus dapat berganding bahu untuk melestarikan alam sekitar di kawasan perumahan ini,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PL, Fadzilah Mahmud.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda