Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

W-Fit@Community 2023 Inspirasi Wanita Kekal Cergas dan Sihat

By 15 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Haziqah Nabilah Zainon (Kerian)

PARIT BUNTAR, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Program W-Fit@Community 2023 di Dewan Kerian Permai, di sini pada Jumaat mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan wanita untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti kecergasan.

Urusetia program, Nur Maziyah Abdul Majid, 39, berkata program kali ini mempunyai keunikan tersendiri apabila menghimpunkan wanita dari sektor penjawat awam dan orang ramai di dalam satu program tertutup dengan jumlah penyertaan hampir 350 orang.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sememangnya telah lama berhasrat untuk mengadakan program sebegini yang mana menghimpunkan penjawat awam wanita bagi mewujudkan jalinan kerjasama dan sesi suai kenal antara satu sama lain,” ujarnya.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian ini adalah bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2023 serta mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan di daerah ini.

Program dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk zumba, kuiz terjah, ceramah jenayah siber dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda