Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Air Terjun Bukit Lagong Tutup Sementara

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menutup sementara kawasan air terjun Bukit Lagong daripada kunjungan orang ramai.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata penutupan tersebut susulan beberapa kejadian lemas sebelum ini.

“Kejadian lemas terakhir berlaku pada 27 Ogos lalu dan MPS membuat keputusan menutup sementara untuk meningkatkan tahap keselamatan.

“Sekarang kita dalam proses nak letak tali pada air terjun serta batu-batu sungai yang besar supaya tiada pusaran air di lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Fauzi, MPS melakukan pemantauan melalui pihak kontraktor penyelenggaraan yang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

“MPS tidak meletakkan anggota kekal untuk pemantauan di kawasan tersebut.

“Pemasangan papan tanda dan ikatan tali kuning untuk memberi amaran kepada pengunjung tentang bahaya kawasan itu,” jelasnya.

Katanya, pemantauan berkala MPS mendapati pengunjung mandi di kawasan yang selamat dan bukan di lokasi larangan.

“MPS ingin menasihatkan kepada orang ramai serta pengunjung agar patuh dan tidak mengambil ringan tentang bahaya di kawasan tersebut.

“Sebarang kemalangan adalah dibawah tanggungjawab sendiri,” ujar beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda