Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Demokrasi Berparlimen Tonggak Pentadbiran Negara

By 8 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haimi Harris/Shafiq Jamloh (Pekan)

PEKAN, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 40 murid yang merupakan ahli Kelab Malaysiaku dari Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Chini telah diberi pendedahan secara amali oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang dan Pejabat Penerangan Daerah Pekan berkenaan Sistem Demokrasi Berparlimen yang telah diamalkan di Malaysia sejak dulu lagi.

Timbalan Pengarah SPR Pahang Ahmad Fadzli Rohimi berpendapat program seperti ini patut diperhebatkan lagi ke semua sekolah-sekolah.

“Saya mengesyorkan program seperti ini turut disebar luas ke sekolah rendah.

“Ini kerana proses kematangan seseorang itu memerlukan masa dan saya yakin para pengundi Malaysia nanti akan lebih profesional jika diberikan pendedahan yang betul,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda