Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Deepavali: Peluang Rakyat Kukuhkan Perpaduan

By 13 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK , 13 Nov (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan sambutan Deepavali memberi peluang rakyat pelbagai kaum mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.

Katanya, ia secara tidak langsung membangkitkan rasa hormat serta dapat mengukuhkan perpaduan kaum di dalam negara ini.

“Deepavali beri peluang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat, rasa hormat dapat dibangkitkan antara komuniti dan masyarakat terutamanya Melayu, India dan Cina di negeri kita.

“Kalau kita jadikan ia sebagai titik persahabatan, ia akan menjadi titik perpaduan yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Jelajah Deepavali di sekitar Parlimen Gombak semalam.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak berkata telah menjadi rutin tahunan beliau mengunjungi rakan dan aktivis yang merayakan Deepavali.

Sementara itu, Shankar Ramaswamy, 51, memaklumkan sejak tahun 2008 Amirudin akan berkunjung ke rumah rakan-rakan yang menyambut Deepavali termasuk dirinya.

“Walaupun sekarang beliau sibuk sebagai menteri besar namun tidak pernah lupa untuk berkunjung ke rumah kawan-kawan.

“Biasanya saya akan hidangkan masakan putu mayam kegemaran beliau sambil bertanya khabar,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda