Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Mendaki Gunung Menjadi Hobi Sihat Penggemar Ekspedisi

By 13 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)/Hikers Kemaman

KEMAMAN, 13 Nov (Malaysiaaktif) – Peluang mendaki gunung tidak akan dilepaskan bagi penggemar ekspedisi daripada Kemaman Hikers (gabungan Geng Budak Buas, Set Bijjok dan Geng Kattang) seramai 23 orang yang telah mengadakan pendakian di Bukit Rangin, Kuantan, Pahang semalam.

Aktiviti mendaki ini dapat memupuk sikap kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain dan pengalaman serta kepuasan tersendiri semasa mendaki gunung.

Bagi seorang pendaki dari Pasir Gajah, di sini Zainabon Musa, 51, mendaki adalah satu cara untuk seseorang melepaskan tekanan.

“Di samping itu kita boleh melihat kehijauan alam dan pemandangan yang indah selepas berjaya ke puncak.

“Suasana menjanjikan ketenangan yang tersendiri, tambahan pula dengan udara yang bersih dan dingin ketika berada di puncak, pemikiran akan berasa lebih tenang, malah, segala beban kerja atau kehidupan terasa hilang seketika,” katanya.

Bagi Mohd Nazeri Othman,62, pesara bertindak sebagai renjer, berkata mendaki juga lebih seronok dilakukan secara berkumpulan dan lebih selamat jika berlaku sebarang kemalangan semasa pendakian.

“Aktiviti sihat ini bukan saja sebagai hobi malah menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan.

“Setiap orang mempunyai kepuasan tersendiri dalam mendaki gunung dan nikmat yang dikecapi selepas berjaya menawan puncaknya,” katanya.

Katanya lagi, mungkin akan terasa sukar pada awalnya kepada yang mula berjinak dalam aktiviti ini, sebaiknya perlu belajar daripada mereka yang berpengalaman.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda