Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Genius Rush Raih Juara NSRC 2023

By 7 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazira Naszeri/Komala Rajan

SKUDAI, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Kumpulan Genius Rush daripada Kolej Permata Insan telah merangkul tempat pertama dalam Pertandingan National Skudai Robotics Challenge (NSRC) 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini semalam.

NSRC 2023 ini telah disertai oleh pelajar daripada tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Ketua Guru Penasihat Kelab Robotik merangkap Setiausaha Program Nur Hanani Abdul Rahman, berkata pertandingan ini diadakan bagi melahirkan pelajar-pelajar generasi baharu yang kental apabila mereka keluar ke alam pekerjaan.

“Sebenarnya kita mengharapkan untuk melahirkan pelajar yang dapat menyesuaikan diri selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Jadi bila mereka keluar ke alam pekerjaan, mereka dapat berhadapan dalam apa jua cabaran pada masa hadapan,” katanya.

Salah seorang ahli kumpulan Genius Rush Muhammad Aqil Luqman Mohamed Khalid, 13, meluahkan rasa bangga dan gembira kerana ini merupakan kali pertama mereka menyertai NSRC 2023 ini.

“Ini juga merupakan kali pertama NSRC diadakan, jadi kami berasa bangga kerana kami merupakan kumpulan pertama yang menjadi juara dan insya-Allah kami akan sertai lagi NSRC ini pada masa akan datang sebagai satu pasukan yang sama,” ujarnya.

Turut hadir merasmikan majlis Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangkap Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Musa Atan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda