Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Hanya 50 Peratus Sudah Perbaharui Lesen Perniagaan 2024 – PL

By 29 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Hanya 50 peratus peniaga di Labuan sudah memperbaharui lesen perniagaan untuk tahun 2024 di Perbadanan Labuan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Perbandaran) Perbadanan Labuan (PL) Fadzilah Mahmud, prestasi pembaharuan lesen dalam kalangan peniaga agak kurang memberangsangkan.

“Kepada para peniaga kami menyeru untuk terus datang ke Jabatan Perlesenan PL untuk memperbaharui lesen perniagaan dengan segera dan tidak menunggu saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang masalah.

“Tiada lanjutan tempoh masa untuk pembaharuan lesen pada tahun 2024 dan mereka yang gagal memperbaharui lesen boleh dikenakan kompaun,” katanya yang ditemui media semasa tinjauan mesra premis perniagaan di sekitar Bandar Labuan semalam.

Tambahnya, program itu bertujuan untuk beramah mesra sambil mendapatkan maklumat daripada para peniaga jika terdapat sebarang masalah untuk memperbaharui lesen sekaligus membolehkan PL menambah baik sistem pembaharuan lesen perniagaan yang digunakan sekarang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda