
Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 10 Nov (Malaysiaaktif) ā Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini pastinya menggamit pengunjung khususnya warga negeri ini untuk sama-sama merasai kemeriahan suasana program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, HPPNK merupakan āsignatureā kementerian tersebut dan penganjuran kali ini agak istimewa kerana setelah empat tahun, acara yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia kini kembali dengan gaya penganjuran yang lebih baharu, berimpak tinggi serta lebih berprestij.
āSetiap tahun sambutan HPPNK diadakan sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan di negara kita ini.
āHPPNK pada tahun ini merupakan salah satu platform kepada peladang, penternak dan nelayan untuk bersua muka, beramah mesra dan mengembangkan jaringan antara satu sama lain,ā menurut kenyataan tersebut.
HPPNK sinonim dengan ekspo pameran dan jualan kedua terbesar di Malaysia selepas Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) dan diadakan secara dwitahunan.
HPPNK 2023 yang bertemakan āKeterjaminan Makanan Untuk Masa Depanā menyajikan pelbagai acara menarik kepada pengunjung. Antaranya Selawat Perdana, Jualan Agro MADANI Mega, persembahan TATU Army Red Warrior Tentera Darat Malaysia, Healing Warga Agro MADANI dan banyak lagi.
-ZS-