Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jualan Makanan Konsep Vendor Kini Mudah Diperolehi di Kangar

By 9 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Selain kuih tradisional seperti bengkang dan juga seri muka menu seperti spageti, nasi ayam dan kebab mendapat sambutan pembeli di jualan makanan berkonsepkan vendor di bandar ini.

Penduduk Kampung Hampar Morini Kamis, 46, berkata selain menjual ayam golek makanan yang diletak oleh pembuat makanan adalah daripada pelbagai jenis daripada kuih-muih sehingga pelbagai jenis lauk-pauk ada dijual di kedai miliknya.

“Sambutan penduduk tempatan amat memberangsangkan terutama pada hari bekerja.

“Setiap hari lebih 50 pembuat makanan akan meletakkan makanan di kedai ini dari pagi sehingga petang,” katanya.

Beliau yang sudah berniaga sejak beberapa tahun lalu, terkenal dengan jualan ayam golek dengan harga berpatutan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda