Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pusat Promosi Kesihatan Wellness Hub Bantu Rakyat Perlis Amal Cara Hidup Sihat

By 9 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Wellness Hub Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar yang telah memulakan operasi pada tahun 2017, kini semakin berkembang sebagai sebuah pusat sehenti pelbagai aktiviti bagi membantu masyarakat di Perlis mengamalkan cara hidup sihat bagi mencapai kesejahteraan hidup.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Mohd Faizal Rosli, peranan Wellness Hub ini adalah memastikan setiap masyarakat di Perlis sentiasa menjaga kesihatan mereka.

“Antara perkhidmatan yang disediakan adalah saringan pemeriksaan kesihatan, kaunseling pemakanan dan pelbagai aktiviti-aktiviti riadah santai yang boleh dilakukan bersama keluarga, anak-anak atau rakan-rakan.

“Hab ini turut menyediakan sesi kaunseling pemakanan bagi membantu memastikan pengambilan diet seimbang yang diperlukan oleh setiap individu,” katanya semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda