Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kemeriahan Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023

By 26 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim (Klang)/Majlis Perbandaran Klang

KLANG, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertujuan memperkenalkan sejarah, warisan dan kebudayaan masyarakat daerah ini.

Yang Dipertua MPK, TPr. Noraini Roslan, berkata ia juga sebagai produk pelancongan dalam kalangan pelbagai peringkat generasi.

“Fiesta ini selaras dengan hasrat dan peranan MPK merealisasikan Klang sebagai sebuah bandar raya yang memiliki daya tarikan sejarah.

“Sesuai dengan gelaran Klang Bandar Diraja,” katanya ketika berucap di program yang di Stadium Sultan Sulaiman, di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah.

Program yang berlangsung dua hari bermula semalam hingga hari ini turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya persembahan tarian kebudayaan, persembahan muzik tradisional, pesta makanan tradisional (percuma), pesta cendol (percuma) dan pertandingan sukan tradisional.

-ZS-

Tinggalkan komen anda