Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Gagasan Rumpun Selangor Semarakkan Semangat Perpaduan

By 26 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yuszairee (Hulu Selangor)

KALUMPANG, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan program Gagasan yang di kenali dengan Gagasan Rumpun Selangor bertujuan meraikan kepelbagaian dan menyemarakkan semangat perpaduan.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor Saiful Bahari, kerajaan negeri berusaha mendekati dan mengenali sosio kehidupan rakyat Selangor di pelbagai peringkat.

“Program ini diadakan bagi mengenal pasti jenis aktiviti ekonomi tempatan yang berpotensi untuk dikomersial sebagai identiti kampung serta membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk memperkenalkan hasil produk mereka,” katanya ketika berucap di Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor, di sini semalam.

Turut hadir  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa Perpaduan Negeri Selangor Datuk Rizam Ismail, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Norhana Abdul Majid, Orang Besar Daerah Hulu Selangor Raja Dato Muzafar Raja Redzwa dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Mohd Hasry Nor Mohd.

-ZS-

Tinggalkan komen anda