Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Talian SELamat Terima 123 Kes

By 26 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 25 peratus daripada 123 kes yang diterima Talian SELamat sehingga Oktober 2023 adalah berkaitan keganasan rumahtangga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari, berkata talian yang dilancarkan pada November 2021 itu menunjukkan statistik kes tersebut agak tinggi.

“Ini kerana dalam kes keganasan berasaskan gender, kita tidak melihat hanya wanita sebagai mangsa tetapi turut melibatkan kanak-kanak dan orang lelaki.

“Oleh itu kita pilih 25 November hingga 10 Disember jalankan kempen 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan aktiviti kempen.

“Jumaat lepas kita adakan persembahan teater dan forum membincangkan bantuan kepada mangsa keganasan.

“Kita juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mangsa yang enggan membuat laporan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Selangor di Zoo Negara hari ini.

Talian SELamat 03 6419 5027 dilancarkan kerajaan Selangor pada 2021 yang beroperasi 24 jam dikendalikan kakitangan Wanita Berdaya Selangor (WBS) bersama kumpulan sukarelawan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda