Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut Dapat Elakkan Permasalahan

By 16 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: YusoffIrman

TEMERLOH, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Kesiapsiagaan pelbagai agensi terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dapat mengelakkan sebarang permasalahan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata koordinasi setiap agensi yang terlibat dengan bencana banjir dilakukan agar pemindahan mangsa banjir berjalan lancar.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu bersedia kerana kita mahu tindakan proaktif dapat diambil dan diharapkan kesiapsiagaan ini dapat mengelakkan permasalahan yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa Satu, di sini kelmarin.

Terdahulu beliau turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan meninjau PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda