Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Krangkraf Malaysia Anjur PASAREKA 2023

By 3 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/ Rahimah Rafiai

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menganjurkan program PASAREKA 2023. Program ini merupakan program yang menghimpunkan aktiviti seni kreatif dan reka bentuk yang merangkumi aktiviti pembangunan produk, perkongsian kreatif, pameran dan jualan kraf.

Objektif penganjuran adalah sebagai platform pereka dan penggiat industri seni berkongsi idea dalam pembangunan produk kraf baharu serta memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai produk kraf tempatan.

“Cara pembuatan ukiran kayu nampak mudah tetapi memerlukan ketelitian dengan penuh kesabaran,” ulas Pelajar Diploma Seni Kraft Kayu IKN, Abdul Rahman Abd Majid, 21.

“Sambutan batik sekarang ini amat menggalakkan selepas kerajaan mengumumkan kakitangan Perkhidmatan Awam wajib memakai batik pada hari Khamis,” kata Pengusaha Syarikat Rosazlin Batik, Marang Terengganu Rosli Abdullah, 56.

Orang ramai dijemput hadir ke program PASAREKA 2023 yang berlangsung selama lima hari mulai 1 hingga 5 November secara percuma dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda