Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KPDN Turun Padang Pantau Pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023

By 9 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri  dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, telah membuat tinjauan bersama KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena hari pertama pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di pasar raya Lulu Hypermarket, di sini hari ini.

Lawatan bertujuan membuat tinjauan dan memastikan kestabilan harga barangan keperluan asas adalah terjamin sepanjang musim perayaan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) telah mengenal pasti sebanyak lapan jenis barangan yang akan dikawal dibawah skim ini.

“Barangan yang terlibat adalah bawang merah besar import, bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kacang dal (Australia), kelapa biji (harga maksimum diperingkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum diperingkat runcit sahaja) dan tomato,” katanya.

Menurut Fuziah tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan dibawah skim tersebut dan mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Orang ramai juga boleh memaklumkan sebarang aduan kepada KPDN melalui saluran WhatsApp 0192794317 atau 0198488000, portal e-Aduan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800, e-mel [email protected], aplikasi Ez Adu KPDN serta Bilik Gerakan Penguatkuasaan di 03-88826088 atau 03-88826245.

-ZS-

Tinggalkan komen anda