Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘Me Time’ dengan Aktiviti Sihat dan Percuma

By 8 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 8 Nov (Malaysiaaktif) – ‘Me time’ atau kesedaran individu memperuntukkan sebahagian waktu untuk menghargai diri kini menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai aktiviti, cara dan tempat.

Antara aktiviti ‘me time’ yang semakin mendapat perhatian masyarakat di sini ialah ‘Tuesday Night Workout’ (senaman malam Selasa).

Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang bermula tujuh tahun lepas dengan hanya lapan orang peserta itu kini sentiasa mendapat sambutan dengan purata kehadiran peserta mencecah hampir dua ratus orang.

Menurut seorang peserta Zazalina Abu Bakar, 45, aktiviti ini bukan hanya menyihatkan badan tetapi sebagai seorang wanita yang berkerjaya beliau dapat bergaul dengan rakan-rakan baru daripada pelbagai latar belakang.

“Alang-alang menunggu anak yang saya hantar ke kelas tambahan, saya mengisi masa dengan sertai aktiviti senaman ini,” katanya, di semalam.

‘Tuesday Night Workout’ yang diadakan di lokasi strategik Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar pada hari Selasa malam setiap minggu itu turut memudahkan masyarakat di negeri Perlis hadir menyertai aktiviti tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda