Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Muzium Petaling Jaya Simpan Pelbagai Sejarah

By 29 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ruddy M. Hams/Hizami Hanif (Petaling)

PETALING JAYA, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Muzium Petaling Jaya menyimpan pelbagai koleksi sejarah dan budaya kaum Melayu, Cina, India dan suku kaum asal.

Muzium yang terletak di dalam Taman Tasik Jaya, Sesyen 10, di sini asalnya merupakan Rumah Taman Bacaan Kanak-Kanak pada tahun 1980.

Menurut Pembantu Muzium, Nafie Muslim, muzium tersebut dikunjungi kira-kira 200 hingga 300 pengunjung pada setiap hujung minggu.

Katanya, Muzium Petaling Jaya dibangunkan dengan konsep ‘modern museum’ (muzium moden) yang mempamerkan tema sejarah dan pembangunan daerah ini selain berperanan sebagai pusat reposotori.

“Bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah, pentadbiran, perkembangan dan pembangunan Petaling Jaya dari zaman dahulu hingga sekarang tersimpan di sini.

“Muzium ini mula beroperasi pada 12 November 2007 dan dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali cuti umum,” katanya baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda