Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perkhidmatan Mobile Team KWSP Mudahkan Pencarum

By 29 November 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 29 Nov (Malaysiaaktif) – KWSP Cawangan Alor Setar hari ini telah membuka perkhidmatan kaunter bergerak di Pejabat Penerangan Daerah Pendang bagi memudahkan pencarum daerah ini mendapatkan sebarang maklumat berkaitan.

“Melalui kaunter bergerak ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menjalankan beberapa perkhidmatan lain, termasuklah pendaftaran ahli baru, pendaftaran i-akaun, semakan penyata, pengeluaran bagi ahli berumur 50, 55 dan 60 tahun, penamaan waris, pendaftaran i-saraan, pendaftaran i-sayang, i-lindung dan i-invest serta khidmat nasihat.

“Kaunter secara bergerak ini diadakan hampir setiap bulan di Daerah Pendang dan kawasan lain yang berkeperluan termasuklah pembukaan kaunter bergerak di Pejabat Penerangan, Pusat Ekonomi Digital, Pusat Komuniti Desa, institusi pengajian tinggi, kolej-kolej, sekolah, agensi swasta, masjid, kilang-kilang perusahaan serta di pusat khidmat wakil rakyat setempat,” katanya.

Pegawai Mobile Team KWSP Cawangan Alor Setar Abd Nazir Hj Omar berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan perkhidmatan kaunter bergerak di Pejabat Penerangan Daerah Pendang,” di sini hari ini.

Abd Nazir turut memberikan penjelasan berkaita skim i-Saraan yang memberikan peluang persaraan dengan caruman sukarela.

“Melalui skim ini ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap dapat mencarum sehingga RM2 ribu setahun layak menerima insentif daripada kerajaan sebanyak RM300 atau 15 peratus sekiranya caruman tidak mencapai jumlah tersebut.

“Pencarum juga bakal menerima manfaat seperti dividen tahunan dan perlindungan khairat kematian,” katanya.

Menurutnya i-Saraan boleh disertai oleh ahli yang merupakan warganegara Malaysia, berumur 14 sehingga 60 tahun, tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak mempunyai majikan.

Salah seorang pencarum, Rokiah Md Rejab, 52, yang hadir memberikan maklum balas yang positif.

“Kaunter bergerak ini lebih mesra pelanggan, dekat dan menjimatkan masa untuk berurusan.

“Saya berharap agar kaunter bergerak KWSP ini diadakan secara terus dan berkala pada masa-masa akan datang,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda