Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kafe di Tengah Keindahan Sawah Padi Tarik Pengunjung

By 29 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid (Barat Daya)

BALIK PULAU, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Salah satu pusat tarikan pelancongan di sini adalah kafe yang terletak di tengah sawah padi iaitu ‘Love UU Tearoom’ yang di kelilinggi kehijauan flora dan fauna.

Selain itu, kafe tersebut juga mempunya ladang teh dan terdapat pelbagai pokok herba yang ditanam seperti pokok rosell, halia dan banyak lagi yang diproses di kafe tersebut untuk dijadikan teh pelbagai herba untuk diminum.

Menurut Bahrin, 48, beliau kali pertama berkunjung di sini dan sangat teruja dengan keindahan dan suasana sambil menikmati minuman teh herba yang dijual.

“Tempat ini juga sesuai untuk dijadikan kawasan mengambil gambar kerana keindahnya begitu menarik,” ujarnya.

Selain perusahaan teh terdapat rumah inap yang disediakan kepada pelancong yang ingin menikmati suasana kampung di kawasan sawah padi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda