Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ubah Suai Kenderaan Secara Ekstrem antara Faktor Kemalangan Remaja

By 21 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Muhsin Abd Rahim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Trend golongan remaja hari ini yang suka mengubah suai kenderaan secara ekstrem menjadi penyumbang mereka terlibat dalam kemalangan.

Pegawai Daerah Kuala Muda Ilias Shuib, berkata sehingga September daerah Kuala Muda telah merekodkan 121 kes kematian yang merupakan antara tiga daerah tertinggi di Malaysia.

“Statistik menunjukkan golongan yang terlibat dengan kemalangan dan membawa kepada kematian adalah pelajar-pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 21 tahun.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan jalan raya khususnya untuk mengurangkan angka kematian di daerah Kuala Muda yang semakin hari semakin meningkat,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Bersama Pelajar Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, di sini hari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda