Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

13 Jenis Barangan Tersenarai dalam SHMMP Krismas 2023 di Labuan

By 24 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KPDN Labuan

LABUAN, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 13 jenis barangan akan dikawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di Labuan bermula 23 sehingga 27 Disember ini.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan Amiluddin Malang, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan yang berterusan di seluruh pasar awam dan pusat membeli-belah di Labuan.

“Langkah ini bagi memastikan pematuhan di peringkat peniaga dan membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil segera jika terdapat aduan daripada pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya lagi, barangan yang tersenarai dalam SHMMP Krismas 2023 adalah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import (China Dan Indonesia), lobak merah, cili merah, ubi kentang import (China), bawang merah besar import, bawang kuning besar, kepak ayam, babi hidup (dikawal peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda