Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PM Tidak Tolak Cadangan Jambatan Labuan – Sabah – Simsudin

By 24 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak cadangan projek jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Sabah sebaliknya bersedia meneruskan projek itu jika tidak membebankan kewangan kerajaan.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek, Perdana Menteri menyatakan komitmen demikian semasa mereka bertemu di Lapangan Terbang Labuan sebelum Perdana Menteri bertolak balik ke Ibu Negara pada 7 Disember lalu.

“Perdana Menteri bukannya menolak terus cadangan projek jambatan itu tetapi kerajaan perlu mencari pendekatan terbaik dan mencari pelabur yang sesuai tanpa melibatkan kewangan negara agar projek jambatan itu boleh diteruskan.

“Kami juga terus mencari pelabur yang sesuai dengan kehendak kerajaan dan sudah mengenal pasti beberapa pelabur luar mengenai isu ini tetapi masih memerlukan perbincangan yang mendalam,” katanya yang ditemui media semasa melakukan tinjauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2023 di sini semalam.

Beliau turut menyambut baik beberapa inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri untuk menangani masalah bekalan elektrik dan air di wilayah itu.

“Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri semasa lawatan rasmi beliau tempoh hari saya percaya ianya akan menjadi kunci untuk memacu pembangunan Labuan dengan lebih pantas dalam pelbagai sektor khasnya dalam sektor pelancongan,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda