Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Bakat dari Pedalaman yang Didendang

By 29 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Aniss Rahin/Hasbella Hasim (Perak Tengah)

PARIT, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Masyarakat Orang Asli memiliki bakat terpendam tetapi kurang pendedahan. Bakat mereka tidak hanya terhad kepada hasil tangan yang kreatif bahkan turut mengagumkan dalam bidang nyanyian dan tarian kebudayaan.

Bakat terpendam murid Orang Asli, Amir Sisi, 12, yang bukan sahaja pandai menyanyi malah merdu melaungkan azan menjadi fenomena selepas menjuarai program nyanyian ‘The Chosen One’. Kejayaan ini telah membuka mata masyarakat akan bakat dari pedalaman yang ada pada anak-anak Orang Asli.

Sementara itu, tarian Sewang atau disebut juga Jenulang merupakan tarian tradisi masyarakat Orang Asli etnik Semai dan Temiar di negeri Perak. Sewang kebiasaannya ditarikan untuk menyambut dan menghiburkan tetamu.

Warisan masyarakat Orang Asli wajar dilestarikan untuk semua kaum bagi membudayakan sikap saling menghormati sekali gus memperkukuh perpaduan antara kaum dan etnik di Malaysia.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda