Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#Kangar: Masyarakat di Perlis Mula Menebus E-kredit Tunai eMADANI

By 5 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Penebusan e-kredit yang bermula pukul 8.00 pagi semalam sehingga 20 Februari tahun hadapan, dengan masyarakat boleh memilih empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan  pengguna sama ada Touch ‘n Go eWallet, MAE (Maybank), Setel atau ShopeePay.

Menurut Wan Hajar Wan Hanafi, 23, beliau telah berjaya menerima e-kredit tersebut menerusi Touch ‘n Go eWallet.

“Saya mohon seawal pukul 8.00 pagi secara mudah sahaja, dan sebelum petang saya telah dikemas kini di aplikasi e-dompet tersebut berkenaan pemakluman e-kredit telah dimasukkan,” katanya.

Seorang lagi pemohon e-kredit yang masih menunggu kelulusan, Hasniza Nasri, 26, berkata sekiranya berjaya mendapat e-kredit beliau akan menebus dengan membeli di kedai yang menjual keperluan barangan harian.

Menurut kenyataan media daripada Kementerian Kewangan yang dikeluarkan beberapa hari yang lalu, orang ramai boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta perniagaan melalui e-dompet atau menggunakan kod QR DuitNow.

-ZS-

#eMADANI

Tinggalkan komen anda