Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Setahun Kerajaan Madani: Rakyat Perlis Hargai Inisiatif Payung Rahmah

By 5 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Inisiatif #PayungRahmah meliputi pakej, bakul, jualan dan menu merupakan jenama yang mempopularkan Kerajaan Madani di bawah pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Jualan Rahmah di bawah #PayungRahmah telah memanfaatkan lebih lima juta pengguna dengan menikmati diskaun 10 hingga 30 peratus barangan dapur.

Inisiatif #PayungRahmah yang diperkenalkan pada awal tahun ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia Julai lepas, bertujuan membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Program Jualan Rahmah (PJR) Bergerak antara inisiatif di bawah #PayungRahmah yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.

Seorang warga emas yang tinggal berseorangan, Hamisah Teh, 72, dari Kampung Kota Kayang, sangat berterima kasih kepada kerajan.

“PJR Bergerak ini sangat memudahkan dan makcik tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan barangan dapur,” katanya.

Syarifah Rosli, 32, yang sedang hadil dari Kampung Alir Tok Terang, berkata usaha Kerajaan Madani memudahkan dan membantu rakyat.

“Ia dlihat bukan sahaja membantu penyelesaian masalah kos sara hidup jangka pendek tetapi juga memudahkan mendapatkan barangan dapur asas berhampiran kediaman,” katanya.

“Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan mengadakan PJR Bergerak berhampiran rumah saya, ia sangat memudahkan,” ujarnya ketika ditemui bersama ayahnya ketika selesai membeli di lokasi jualan, Masjid al-Mukminin, Seriab, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda