Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Jualan RAHMAH Batik Tawar Harga Bawah RM100

By 4 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Irina Abd Samad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri  Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing telah melancarkan Jualan RAHMAH Batik di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di sini semalam.

Jualan bersempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) itu menawarkan produk-produk batik pada harga RM100 dan ke bawah.

Tawaran istimewa itu merangkumi pelbagai produk batik seperti kemeja lelaki, kain pasang, baju kurung, pakaian wanita, kardigan, tudung dan sebagainya.

Menurut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli, pihaknya menyasarkan nilai jualan RM1 juta bagi penganjuran Sambutan Hari Batik Malaysia pada kali ini selama lima hari yang bermula 30 November lalu.

“Sambutan kali ini sangat memberangsangkan apabila ramai pengunjung yang datang memandangkan jualan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam terutamanya pada cuti hujung minggu ini. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan kepada pengunjung seperti Jom Membatik, Zumbatik dan banyak lagi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda