Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)
PARIT BUNTAR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Kunjungan Delegasi Universitas Islam Negeri (UIN) Antasari Banjarmasin, Indonesia ke daerah Kerian disambut meriah oleh Pentadbiran Mukim Parit Buntar, di sini pada Isnin.
Delegasi seramai lapan orang itu tiba pada Ahad sempena Program Khidmat Masyarakat bermula 3 hingga 5 November 2023 di daerah ini.
Ketua Delegasi Dr. Hj. Sukarni M.Ag dalam ucapannya, berkata Program Khidmat Masyarakat berupa Taklimat Ekonomi dan Kewangan Islam ini diadakan bertujuan merapatkan silaturahim antara kedua-dua buah negara selain bertukar pandangan dan ideologi mengenai kewangan Islam di rantau ini.
“Saya turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas layanan serta sambutan luar biasa masyarakat Banjar di sini,” ujarnya.
Delegasi ini juga dibawa melawat Galeri Kerian dan turut merasai keenakan wadai kepeng yang merupakan sejenis kuih terkenal dalam kalangan masyarakat Banjar.
-ZS-