Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#Kangar: Warga Emas Celik Digital dengan eMADANI

By 6 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Era digital kini terutama kehidupan harian telah banyak dipermudahkan seperti adanya kemudahan perbankan dalam talian atau penggunaan tanpa tunai memerlukan golongan pengguna untuk lebih celik digital.

Bantuan eMADANI yang bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai rakyat Malaysia disambut warga emas di sini yang juga menebus e-kredit tersebut.

Menurut Leong Beng Wah, 63, yang bekerja sendiri dari Taman Mas Jaya, di sini beliau mengetahui berkenaan bantuan e-kredit tersebut menerusi media social.

“Saya menggunakan aplikasi sedia ada di telefon bimbit iaitu Touch ‘n Go eWallet.

“Permohonan tersebut sangat mudah dan cepat. Saya telah mohon pada hari pertama (Isnin) dan telah boleh ditebus pada semalam (Selasa),” katanya ketika ditemui di pasar pagi Kangar, hari ini.

Seorang lagi warga emas yang ditemui, Ooi Saw Lee, 64, dari Taman Choo Kee, berkata permohonan e-kredit melalui aplikasi di telefonnnya sangat mudah dan cepat.

Menurut beliau, dengan kehidupan kini yang memerlukan pengetahuan digital, warga emas perlu untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas digital yang akhirnya memudahkan diri sendiri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda