Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Rapatkan Jurang Kutipan dan Agihan Zakat di Labuan – PPZ-MAIWP

By 5 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) menyeru umat Islam membantu pihaknya merapatkan jurang kutipan dan agihan zakat di pulau itu.

Menurut Pengurus Besar Operasi Luar PPZ-MAIWP Fahmi Ismail, agihan zakat di Labuan jauh melebihi kutipan zakat yang dipungut.

“Bagi tahun ini kutipan PPZ sehingga November sebanyak RM10.7 juta manakala agihan di MAIWP melebihi RM60 juta, jurang ini semakin menjauh, lebih membimbangkan jika ianya terus menjauh.

“Ayuhlah sama-sama kita kita membantu PPZ-MAIWP memperkuatkan usaha dakwah dan kutipan zakat bagi memastikan dana zakat mencukupi untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pembayaran Zakat Korporat 2023 dan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Kesedaran Zakat Simpanan dan Wakaf Tunai, di sini pagi tadi.

Jelasnya, PPZ-MAIWP mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut antaranya Kempen Year End Zakat (YEZ 2023), Kempen Friday Plus, Kaunter Zakat Bergerak yang beroperasi di Medan Selera Labuan pada setiap malam dan di Bangunan UTC pada hujung minggu, Hari Bersama Pelanggan serta cabutan bertuah secara mingguan.

Pada majlis itu sebanyak sembilan syarikat iaitu Maybank International Labuan Branch, AFR Asia Pacific Limited, Asian Supply Base Sdn. Bhd.,  Klinik Bakti, Cahayapack Sdn. Bhd., Preston Shipyard Sdn. Bhd., Desa 7 Resources Sdn. Bhd.,  Tunas Rakyat Sdn. Bhd. (D’One Mart) dan Victoria Food (Marrybrown Labuan) menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM788,106.72

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda