Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Situasi Terkini Banjir di Terengganu

By 30 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan: Nooraini Che Aziz/Maznah Ngah (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Monsun Timur Laut (MTL) telah melanda bebrapa negeri di Pantai Timur dengan membawa hujan yang lebat dan mengakibatkan berlaku banjir gelombang ketiga.
Bagi negeri Terengganu pusat pemindahan banjir masih dibuka di enam daerah bagi menempatkan mangsa banjir yang terkesan.

Di Hulu Terengganu yang merupakan daerah paling teruk terjejas sehingga setakat ini hanya tiga PPS masih lagi dibuka melibatkan seramai 630 mangsa dari 176 keluarga.

Sementara itu di daerah Dungun sebanyak 18 PPS telah dibuka dan seramai 1417 mangsa dari 381 keluarga telah dipindahkan.

Manakala di daerah Kuala Nerus hanya satu PPS dibuka dan enam orang mangsa dari satu keluarga masih berada di PPS tersebut.

Di daerah Marang pula cuma satu PPS dibuka dan menempatkan seramai 30 mangsa dari lapan keluarga. Mangsa banjir di daerah Kemaman seramai 63 orang dari 14 keluargatelah ditempatkan di dua PPS.

Di daerah Setiu, seramai 34 mangsa dari 6 keluarga masih berada di satu PPS.

Kesemua PPS di Besut dan Kuala Terengganu telah ditutup.

Menurut Kapt (PA) Mohd Zabri Abd Razak, Pegawai APM Daearah Hulu Terengganu, memberitahu Pusat Pemindahan Sementara bagi mangsa banjir ini telah mendapat pelbagai bantuan keperluan asas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berupa makanan, barangan keperluan asas dan perubatan.

“Secara keseluruhan, keadaan banjir dilaporkan berada dalam trend menurun. Walaubagaimana hujan kadang kala lebat di beberapa daerah,” katanya ketika ditemui di PPS Kampung Peneh, hari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda