Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sunathon 1.0 Felda Sungai Tiang ‘Hangat’

By 19 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Program berkhatan beramai-ramai Sunathon 1.0 anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Sungai Tiang di Masjid Al-Falah Sungai Tiang, di sini semalam ‘hangat’ (meriah) dengan penyertaan 39 orang peserta.

Semua peserta yang berusia di antara empat bulan hingga 15 tahun dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda sebelum acara berkhatan dijalankan.

“Alhamdulillah program Sunathon 1.0 cukup meriah dan mendapat sambutan yang sangat baik.

“Saya berharap semoga kita dapat membangunkan nama Felda Sungai Tiang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kebaikan dan sumbangan positif kepada masyarakat khususnya semua penduduk Felda Sungai Tiang dan seluruh masyarakat di kawasan sekitar amnya,” katanya.

Pengerusi MBFM Felda Sungai Tiang Azhar Abd Ghani berkata demikian dalam ucapan aluan di sini semalam.

Azhar turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang serta anggota pasukan yang turut serta memeriahkan suasana program.

“Jutaan terima kasih kepada Imam Masjid Al-Falah serta seluruh jawatankuasa kerana telah memberi kebenaran untuk menggunakan ruangan masjid.

“Usaha dan kerjasama semua pihak dalam memastikan program pada hari ini berjalan lancar amat dihargai dan semoga ukhwah dan kerjasama ini diteruskan lagi di masa akan datang,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda