Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Umar Syazuli dan Marzain Johan Tilawah MTHQ 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang

By 6 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Sufian Md Rashid/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG PERAI, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Umar Syazuli dan Marzain berjaya menjadi johan kategori Tilawah di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir dari Zon Timur Laut bagi kategori lelaki, manakala Marzain Mohd Deli dari Zon Kepala Batas, kategori perempuan.

Umar Syazuli menzahirkan kepuasan di atas usaha gigih selama memberi kemenangan yang membanggakan ahli keluarganya.

“Antara cabaran adalah dari segi kesihatan kerana ia melibatkan suara semasa tilawah.

“Jadi, saya membuat persiapan lebih awal bagi kelancaran semasa pertandingan tilawah berlangsung,” katanya.

Tilawah yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Disember itu disertai seramai 60 orang peserta untuk dua kategori utama iaitu Hafazan Al-Quran dan Tilawah Al-Quran.

MTHQ yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Politeknik Seberang Perai itu turut disertai seramai 1,000 orang pengunjung dari seluruh negeri Pulau Pinang.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohammad Abdul Hamid dan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab.

-ZS-

Tinggalkan komen anda