Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kejohanan Labyrinth Malaysia Tarik Penggemar Sukan Orienteering

By 6 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)

PARIT BUNTAR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Sukan berbentuk ‘orienteering’ (kembara berpandu arah) yang seakan-akan ‘Maze Runner’ merupakan sukan baru yang diketengahkan oleh Akademi Orienteering Malaysia (AOM).

Sukan ini kian mendapat tempat di hati penggemar sukan sebagaimana Kejohanan Labyrinth Malaysia 2023 yang diadakan di Padang Sintetik, di sini pada Ahad berjaya menarik penyertaan hampir 350 orang dari seluruh negara.

Menurut setiausaha Majlis Daerah Kerian (MDK) Norhafisah Mohamad, sukan ini melatih para peserta untuk menggunakan kemahiran navigasi serta berfikir secara pantas dengan berbekalkan peta.

“Kita sememangnya berhasrat untuk menjadikan sukan ini sebagai kejohanan dwitahunan bagi manggalakkan aktiviti pelancongan berbentuk sukan atau riadah di daerah Kerian selain membantu memacu ekonomi masyarakat setempat,” ujarnya di sini baru-baru ini.

Kejohanan ini merupakan anjuran AOM dan mendapat kerjasama MDK serta disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tourism Perak.

Turut hadir Yang Dipertua MDK Helmi Yusof@Jusoh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda