Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

USK Labuan Raih Kejayaan Luar Jangka

By 12 Disember 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Kelab Universal Shotokan Karate (USK) Labuan meraih kejayaan di luar jangkaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan ‘East Malaysia Zone Shitoryu Karate (EMZSK) Championship 2023’.

Menurut Jurulatih Sensei Syarulniza Abdul Jamil, USK Labuan membawa pulang lapan pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa pada kejohanan yang berlangsung pada 8 hingga 10 Disember lalu.

“Keputusan Juara Keseluruhan itu adalah luar jangka kerana USK Labuan tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik dan kami hanya ingin memberikan prestasi yang terbaik dalam kejohanan ini dengan penyertaan seramai 27 orang atlet.

“Atlet-atlet telah menjalani latihan secara intensif selama enam minggu sebagai persediaan menghadapi kejohanan ini dan ibubapa memberikan sokongan dengan membiayai sepenuhnya kos penyertaan anak-anak mereka bagi menghadapi kejohanan pada kali ini dan saya amat menghargai komitmen mereka” katanya semasa ditemui media semalam.

Jelasnya, antara atlet yang menyumbangkan pingat emas adalah Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi Kategori Kata Perempuan 14-15 Tahun dan Kategori Kumite Perempuan 14-15 Tahun, Amber Jelszabelle Jinugi Kategori Kata Perempuan 16-17 Tahun, Hazimah Jamil Kategori Kumite Senior -50kg, Jayden Obiel Leam Kategori Kata Lelaki 7 Tahun ke bawah, Nuh Ramadan Norazlan Kategori Kumite Lelaki 7 Tahun ke bawah, Deara Bieyl Lana Jeddy  Kategori Kata 8-9  tahun dan Nur Ariesya Dayana Asmadie Kategori Kumite Perempuan 10-11 Tahun.

“Seramai 368 orang peserta pelbagai lapisan umur daripada 17 buah pasukan dari Brunei Darussalam, Singapura, Sabah, Selangor, Sarawak dan Labuan menyertai kejohanan itu,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda